SELAMAT DATANG KE
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI KEDAH

PERKHIDMATAN KAMI

Pelbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan perancangan dan pembangunan anda

BERITA DAN PENGUMUMAN

Dapatkan maklumat terkini mengenai berita dan pengumuman PLANMalaysia Kedah

Cover for PLANMalaysia Kedah
1,802
PLANMalaysia Kedah

PLANMalaysia Kedah

PLANMalaysia Kedah atau dahulu dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah.

1 week ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|SESI LIBAT URUS BAGI PERKHIDMATAN KAJIAN SEMULA KAEDAH-KAEDAH PENGAWALAN PERANCANGAN (AM) NEGERI KEDAH TAHUN 2026 ALOR SETAR | 2 September 2026 | Dewan Persidangan, Bangunan Sultan Abdul HalimJabatan telah melaksanakan Program Sesi Libat Urus bagi Perkhidmatan Kajian Semula Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) Negeri Kedah Tahun 2026 bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi teknikal berkaitan.Program ini dilaksanakan sebagai platform untuk mendapatkan input, pandangan, pengalaman pelaksanaan serta cadangan penambahbaikan daripada pihak-pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kaedah-kaedah pengawalan perancangan di Negeri Kedah.Green Acre Studio, selaku konsultan yang dilantik bagi menjalankan kajian, turut berperanan sebagai fasilitator sepanjang program. Pihak konsultan telah mengendalikan sesi perbincangan, mendapatkan maklum balas daripada peserta serta membantu mengenal pasti isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan berkaitan pelaksanaan kaedah-kaedah pengawalan perancangan sedia ada.Sesi libat urus ini turut memberi ruang kepada pihak PBT dan agensi teknikal untuk berkongsi pengalaman serta isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan kaedah-kaedah pengawalan perancangan sedia ada. Perkongsian secara dua hala ini penting bagi memastikan keperluan dan realiti pelaksanaan di peringkat tempatan dapat diambil kira dalam proses kajian semula yang sedang dilaksanakan.Pandangan dan cadangan yang dikemukakan sepanjang sesi ini akan menjadi salah satu input penting kepada proses Kajian Semula Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (AM) Negeri Kedah Tahun 2026, khususnya dalam usaha memperkemas mekanisme pengawalan pembangunan serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan perancangan di peringkat negeri dan PBT. ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 week ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|ISTIADAT PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI KEDAHALOR SETAR | 31 Ogos 2026 | Dataran Medan Bandar, Alor Setar Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, dengan kehadiran pengunjung yang dianggarkan melebihi 40,000 orang.Sambutan yang penuh semangat patriotisme itu turut diserikan dengan penyertaan pelbagai jabatan, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun, sektor swasta, pertubuhan, badan beruniform serta institusi pendidikan yang bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.Tidak ketinggalan, PLANMalaysia Kedah turut mengambil bahagian dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan tersebut dengan menghantar satu kontinjen yang terdiri daripada 36 orang pegawai. Kontinjen PLANMalaysia Kedah diketuai oleh Encik Muhammad Imran bin Mat Bahar dan tampil dengan penuh bersemangat bagi menyemarakkan sambutan yang membawa tema perpaduan, patriotisme dan kecintaan terhadap negara.Tuan Pengarah PLANMalaysia Kedah, Encik Mohd Munizam bin Abdul Aziz, turut hadir memberikan sokongan dan dorongan kepada kontinjen yang mengambil bahagian. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen serta semangat kebersamaan warga PLANMalaysia Kedah dalam menjayakan program kenegaraan di peringkat negeri.Menariknya, busana kontinjen PLANMalaysia Kedah pada tahun ini mengetengahkan motif batik sebagai elemen utama, sekali gus melambangkan identiti, warisan dan budaya Malaysia. Pemilihan busana tersebut bukan sahaja menyerlahkan keunikan kontinjen, malah mencerminkan penghargaan terhadap khazanah seni dan budaya tempatan yang menjadi sebahagian daripada identiti negara.Selamat Hari Kebangsaan Ke-69! ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|SESI LIBAT URUS (SLU) KAJIAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN JERUJU, DAERAH KUBANG PASUPLANMalaysia Kedah | 19 Ogos 2026 | Rabu | Dewan Tunku Anum, Daerah Kubang PasuPLANMalaysia Kedah telah menganjurkan Program SLU Kajian Pembangunan Pelancongan Jeruju bertempat di Dewan Tunku Anum, Daerah Kubang Pasu. Sesi ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Wirda Asmat, Ketua Penolong Pengarah PLANMalaysia Kedah merangkap Pengurus Projek, disusuli taklimat pengenalan skop dan hala tuju kajian oleh Ketua Perunding Datin TPr CA. Cheng Hui Lin. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Mohd Ashraf Mustaqim bin Badrul Munir (ADUN Kota Siputeh) dan YB Azhar bin Ibrahim (ADUN Ayer Hitam) bersama penglibatan aktif agensi teknikal serta komuniti setempat dari Kuala Jerlun, Kuala Tunjang, Kuala Kerpan dan Kuala Sanglang.Sesi perbincangan ini memberi ruang interaktif kepada agensi berkaitan dan komuniti setempat untuk menyalurkan maklumat, isu, cabaran, serta pandangan secara langsung mengenai potensi tarikan pelancongan, keperluan infrastruktur serta usaha memperkukuh aktiviti sosioekonomi tempatan berasaskan pemeliharaan kelestarian alam sekitar. Maklum balas dan pandangan strategik daripada semua pemegang taruh ini amat penting dalam membantu Jabatan merangka pelan cadangan pembangunan pelancongan Jeruju yang komprehensif, berdaya saing, dan mampan. Usaha ini diyakini mampu mengangkat potensi Jeruju sebagai destinasi pelancongan utama sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi di Daerah Kubang Pasu dan Negeri Kedah secara keseluruhannya.Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang program berlangsung. Unit Projek Khas, PLANMalaysia Kedah. ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 month ago

PLANMalaysia Kedah
| BERITA |KURSUS ASPIRASI β€œTHE GREATER KEDAH”10 Ogos 2026 | PLANMalaysia Kedah Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih menyeluruh kepada para pegawai mengenai hala tuju pembangunan Negeri Kedah, khususnya berkaitan aspirasi, strategi dan perancangan pembangunan negeri.Pembentangan telah disampaikan oleh Encik Mohammad Afifi bin Mohammad dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, beliau telah berkongsi pengetahuan dan perspektif berkaitan aspirasi serta hala tuju pembangunan Negeri Kedah. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para pegawai, di samping melaksanakan peranan dan tugasan berkaitan perancangan pembangunan negeri secara lebih berkesan dan strategik. ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 month ago

PLANMalaysia Kedah
|BERITA|πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 πŠπ€π‰πˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 π“π€ππ€πŠPLANMalaysia Kedah | 3 Ogos 2026 | Isnin |Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Jerlun, Daerah Kecil, Kedah.PLANMalaysia Kedah telah mengadakan Mesyuarat Kick Off bagi Kajian Pembangunan Pelancongan Dataran Jeruju, Daerah Kubang Pasu bertempat di Pejabat Daerah Jerlun. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Wirda Asmat selaku Pengurus Projek; merangkumi penglibatan perunding Green Acres Studio Sdn. Bhd. serta pelbagai agensi teknikal kerajaan seperti JKR, JPS, JPNK, MPKP, PDKP, PDRM, PERHILITAN, MOTAC, LKIM dan MADA. Sesi ini bertujuan memperkenalkan pihak perunding, menerangkan skop kajian, dan mengumpul pandangan awal pelbagai jabatan demi memastikan perancangan dilaksanakan secara menyeluruh serta bersepadu.Program diteruskan dengan lawatan tapak ke lokasi utama iaitu Kuala Sanglang, Kuala Kerpan, Kuala Tunjang, Kuala Jerlun, dan Kuala Kuar. Tinjauan lapangan ini memberi gambaran jelas kepada pihak perunding mengenai isu, cabaran, dan potensi pembangunan kawasan persisiran pantai. Penglibatan Penghulu setiap Kuala serta wakil MMK setempat turut membantu menyalurkan maklumat dan keperluan sebenar penduduk tempatan.Kerjasama strategik antara PLANMalaysia Kedah, agensi teknikal, perunding, dan komuniti ini diharapkan dapat menyokong pembentukan pelan pembangunan pelancongan yang mampan dan berdaya tahan. Langkah ini bukan sahaja melindungi ekosistem alam sekitar, malah memberi manfaat ekonomi yang berterusan kepada masyarakat tempatan dan sektor pelancongan Negeri Kedah. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama padu sepanjang program berlangsung.Unit Projek Khas, PLANMalaysia Kedah. ... See MoreSee Less
View on Facebook

1 month ago

PLANMalaysia Kedah
| Berita |MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN TEKNIKAL – JAWATANKUASA PERANCANG NEGERI KEDAH (JPN) BILANGAN 5 TAHUN 202616 Julai 2026 | Khamis | Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman |Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Teknikal – Jawatankuasa Perancang Negeri Kedah (JPN) Bilangan 5 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Gerakan SUK, Wisma Darul Aman.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS., AMK., BCK., Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) Kedah Darul Aman serta dihadiri oleh wakil-wakil agensi teknikal di peringkat Negeri yang berkaitan. Sebanyak dua (2) permohonan telah dibentangkan untuk pertimbangan kelulusan mesyuarat.Sumber:Unit Kawalan Perancangan & Tanah Kerajaan ... See MoreSee Less
View on Facebook

PLANMALAYSIA NEGERI

Rangkaian pejabat PLANMalaysia di seluruh negara untuk perkhidmatan yang lebih dekat dengan anda

AGENSI DAN JABATAN BERKAITAN NEGERI KEDAH

Kerjasama pelbagai agensi dan jabatan di Negeri Kedah demi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

TOP