
Memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Jabatan/Agensi berkaitan perancangan bandar dan desa termasuk pemeliharaan, penggunaan dan pembangunan tanah;
Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan Kajian/Projek Khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif Jabatan;
Menyelaras pelaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], kaedah-kaedah, piawaian dan garis panduan perancangan bandar dan desa di semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kedah;
Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172];
Bertindak sebagai urus setia bagi Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa Perancang Negeri di bawah Seksyen 20A [Akta 172] dan Jawatankuasa Penilaian Impak Sosial Peringkat Negeri Kedah; dan
Menjalankan fungsi dan urus setia bagi Lembaga Rayuan Negeri Kedah