FUNGSI JABATAN
Fungsi utama PLANMalaysia Kedah adalah seperti berikut:
Tugas utama Jabatan ialah sebagai penasihat utama kepada Kerajaan Negeri dalam hal-ehwal perancangan bandar dan desa serta bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Perancang Negeri.
Jabatan juga bertanggungjawab dalam perumusan dan pengawalan dasar-dasar guna tanah serta penyediaan pelan-pelan pembangunan bagi Kerajaan Negeri. Di samping itu, Jabatan juga memberi khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kawalan pembangunan dan penyediaan pelan-pelan susunatur.
Jabatan juga bertanggungjawab untuk mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan dan penyiaran perangkaan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa.
Jabatan juga bertanggungjawab mengendalikan kerja-kerja harian yang bersangkutan dengan pengawalan perancangan dan projek-projek khas dan pelan-pelan tatatur bagi kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Jabatan juga bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengesyorkan pengawalan perancangan di bandar-bandar / pekan-pekan mengikut pelan pengezonan dan rancangan pemajuan. Di samping itu, Jabatan terlibat secara langsung di dalam memberi khidmat nasihat bagi aspek-aspek teknikal untuk pemajuan dan pembangunan tanah.