Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya, Web Portal Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman (PLANMalaysia Kedah) dapat juga dilancarkan. Tahniah di atas usaha jitu segenap lapisan pegawai.
Saya amat berbesar hati kerana PLANMalaysia Kedah telah berjaya melaksanakan segala sasaran kerja yang ditetapkan dengan baik. Pemprosesan ulasan kebenaran merancang, penyediaan Rancangan Pembangunan (Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas) serta menasihati kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam projek-projek pembangunan telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang sekali.
Akhir kata, saya berharap web portal Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah Darul Aman (PLANMalaysia Kedah) ini akan berjaya di dalam mencapai objektifnya sebagai kesinambungan kepada wadah pemberi maklumat yang terkini.
Sekian, terima kasih.
MOHD MUNIZAM BIN ABDUL AZIZ, AMK., PKT.
Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Kedah
(PLANMalaysia Kedah)