OBJEKTIF KUALITI

OBJEKTIF KUALITI

Objektif kualiti telah diwujudkan untuk setiap fungsi dan proses di dalam skop pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti. Objektif Kualiti ialah seperti berikut:

UNIT JAWATANKUASA PERANCANGAN NEGERI

Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri 3 kali setahun.

UNIT PROJEK KHAS

Penyediaan Pelan Projek Khas (Pelan Pembangunan dan Pelan Lanskap) dalam tempoh 60 hari bekerja.

UNIT KAWALAN PEMBANGUNAN

Memberi ulasan perancangan ke atas permohonan Kebenaran Merancang dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

Memberi ulasan perancangan ke atas permohonan Tanah Kerajaan, Pecah Bahagian, Pecah Sempadan dan sebagainya dalam tempoh 30 Hari dari tarikh permohonan yang lengkap.

UNIT MAKLUMAT GUNATANAH DAN ICT

Kemaskini Pelan Gunatanah Semasa, Komited dan Zoning sebanyak dua (2) kali dalam setahun.

LATIHAN

Mempertingkatkan kompetensi melalui latihan, percambahan fikiran, program perkongsian pengetahuan dan keahlian dalam pasukan petugas di dalam dan di luar Jabatan dengan sasaran minimum 7 hari setahun bagi setiap pegawai.

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN JABATAN DAN KHIDMAT PELANGGAN

Memberi maklumbalas akhir kepada pengadu dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.

KEWANGAN

Penyediaan baucer bayaran dalam tempoh 14 hari daripada penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.

TOP